CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, December 10, 2009

Kepenatan tahap 10 petala langit..

Alhamdulillah Allah telah membantu aku n team sajian dalam melaksanakan tugasan pada malam Dinner yang Gemilang itu... Banyak lagi yg perlu belajar dan perbaiki... pengalaman pertama yang berharga.. biasalah ada kesilapan tapi diharapkan pada masa depan dapat perbaiki dan tambah mutu kerja lagi... Aku siap tlg staf cuci pinggan hihihi~~ bukan ape amik la hati staf yg dh penat bekerja sama2 kn... wpn bukan tugas aku tp main politik sikit la... tapi yg geram siap kena siram2 tu yg x tahan tu... tgh2 malam bersejuk2 ngan bj basah.... kul 1 pagi baru aku minta diri.. x larat sgt dh....
Now bz ngan perhimpunan bulanan INTAN perhimpunan bulanan JPA dan majlis2 JPA yang berderet2... hari ni tarikh tutup L.O. walaupun macam dah x larat overdose ttp jugak nk menaip kt blog cz rasa cm nk menulis.... uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..... mcm nk tercabut skru dah ni....
p/s: keletihan memberi pelbagai erti... sabar dan muhasabah diri sendiri.... nilai diri dari kaca mata orang lain..

Tuesday, December 8, 2009

Koir INTAN Bukit Kiara

Minat yang telah sekian lama berhenti kini kembali..
Disebabkan keperluan koir untuk perhimpunan JPA maka saya pun dengan memo yang tertulis namaku di situ pergi untuk latihan koir.. Best juga selain dari mmg minat, dapat juga bergaul ngan frenz from program2 dan admin.. mengeratkan silaturahim disebabkan kalau xde latihan ni suma mmg x kenal sgt ngan dorg cz dok kt atas bukit ni ha....
balik pada citer koir, cikgu Fadlita mmg sgt nice.. so apabila di uji suara sesuai untuk Soprano aaaaaaaaaaaaaa... hehehe...
jadi kami akan nyanyikan a few lagu.. very nice songs...

1. lagu JPA (yang ni mmg x tau nk nyanyi la huhu)
2. lagu 1 Malaysia (patriotik sgt kn....)
3. lagu Madah dan kerenah Ramlah Ram (yang ni lagu lama tapi liriknya mendalam)
4. lagu bukan kerna nama Ramli Sarip (this one pun mendalam juga pengertian nya...)
5. thats the way it is Celine Dion (ni rancak dan bertenaga)

hari ni x dpt pi training cz bz ngan tugas.. semoga dapat perform ngan jayanya yeah!!!

p/s: teringat waktu nyanyi koir masa form 4 kt samura untuk Malam Rasa Sayang... dan juga masa conduct koir kemerdekaan kt KMR dulu... guys miss uols....

Dinner KSN versi 2

Malam ni lah malam penentu.. diner KSN bermenukan ala2 westeren style.. course by course..
cabaran hebat.. so malam ni kena turun, tolong dan support staf2 suma... doakan kami berjaya cz ni adalah kali pertama unit sajian masak sendiri untuk diner besar ni.. 319 pax.. cross my fingers and pray.. amin....

p/s: hadiahnye kita pi bercuti ke langkawi yer anda2 suma....

Sunday, December 6, 2009

Langkawi??

Insya Allah kalau diizinkan tuhan, 18hb ni cik fiza and the sajian team akan berangkat ke INTAN Wilayah Utara dan seterusnya lawatan ke Langkawi... disebabkan cik fiza ni x penah lg pi ke Pulau Lagenda ni jadi mcm2 bermain di kotak fikiran ni.. almaklumlah cik fiza ni mabuk laut.. jadi ubat mabuk laut telah pun dibeli di farmasi... rasa excited tu ada cuma bimbang juga takut tak jadi pi... kesian kt staf cz dh janji pada anak2 dorg... menghampakan kanak-kanak kn x baik... so ni tgh berusaha dan berdoa moga2 Allah mempermudahkan lawatan kami ni nnt.... aminnnnnn....

p/s: siap beli contact lens lagi nk pi langkawi cz nk bgaya ngan sunglasses hihihi~~ miang je kn..

Wednesday, December 2, 2009

Perancangan Tahun Baru

Disebabkan dah melangkah ke bulan Disember jadi dah mulalah terfikir-fikir azam tahun baru untuk tahun 2010..
Alhamdulillah tahun 2009 memberi seribu erti.. Harapan agar tahun 2010 menjadi lebih cemerlang dan mendapat kejayaan dunia dan akhirat..

Tuesday, December 1, 2009

Elak Tangguh Kerja...

Panduan ini sesuai untuk kita yang bekerja terutamanya penjawat awam supaya gaji dan hidup kita lebih diberkati...

Renung-renungkan...

Kewibawaan sesebuah organisasi bergantung kepada prestasi setiap warga kerja di bawahnya. Andai setiap warga kerja itu cekap, amanah dan berdisiplin maka tidak timbul masalah ada kerja yang tidak sempat disiapkan atau timbunan kerja yang masih lagi memerlukan penelitian.

Persoalan yang sering menghantui sesebuah organisasi adalah kerja yang gagal disiapkan, padahal tempoh yang diberi lazimnya berpatutan.

Apabila diselidiki, ramai yang menyatakan masa tidak cukup untuk melaksanakan sesuatu tugas yang diberikan. Semua ini adalah alasan yang biasa didengar oleh pihak pengurusan apabila sesuatu tugas tidak dapat dilaksanakan oleh warga kerjanya.
Punca masalah ini yang semakin hari semakin berleluasa adalah amalan menangguh kerja yang sering diamalkan oleh pekerja.

Pada mereka mungkin terlalu banyak kerja yang hendak disiapkan hingga tidak dapat mengenalpasti kepentingan sesuatu kerja tersebut kerana setiap tugasan yang diberi mempunyai tarikh tamat yang tersendiri.

Bagi mereka kerja yang lambat lagi perlu dihantar akan dibuat kemudian atau kadangkala lupa terus untuk dibuat.
Mereka akan memfokus menyiapkan kerja yang tarikh tamat hampir tiba terlebih dahulu. Sikap inilah yang menjadi punca utama kepada kegagalan sesebuah organisasi melaksanakan amanah dengan cemerlang.

Bertangguh bermakna kita dengan sengaja melambat atau tidak menyiapkan sesuatu kerja, aktiviti atau tugasan yang diamanahkan atas pelbagai alasan.

Sikap suka bertangguh ini ibarat virus atau barah yang senang membejati setiap pekerja dalam sesebuah organisasi. Cuba kita renungkan, berapa ramaikah pekerja yang akan membuat To Do List setiap hari apabila datang ke pejabat.

Kadang-kadang sikap bertangguh itu terjadi kerana kita mengambil masa yang terlalu lama menguruskan hal peribadi sendiri tanpa memikirkan ada kerja yang menunggu dan perlu disiapkan.

Hal-hal yang tidak berkaitan dengan kerja selalu dijadikan keutamaan hingga menjejaskan kerja hakiki di pejabat. Setiap hari kerja kita akan diganggu oleh pelbagai kerenah manusia yang akan melambatkan kita menyelesaikan kerja yang telah dirancang seperti membalas khidmat pesanan ringkas (SMS) peribadi. Menjawab telefon terlalu lama, kerap ke tandas, lebih suka berborak dari melakukan kerja yang diamanahkan, mengambil masa yang lama ketika rehat makan tengahari dan sebagainya.

Di antara faktor yang menyebabkan wujudnya sikap bertangguh ini adalah seperti berikut:

1. Pengurusan - Sistem pengurusan yang lemah termasuk dari segi pengurusan diri, masa, sumber dan tenaga.
2. Kesempurnaan - Pekerja mempunyai sikap kesempurnaan yang tinggi di dalam melaksanakan sesuatu kerja yang diberi. Sikap ini sememangnya elok diamalkan tetapi sekiranya ia terlalu mementingkan kesempurnaan ia akan dikategorikan sebagai cerewet.
Oleh itu, sekiranya pekerja mengamalkan sikap yang demikian, maka sebenarnya tiada kerja yang dapat dilaksanakan.
3. Sikap sambil lewa - Pekerja mempunyai sikap yang tidak mengambil berat mengenai sesuatu tugasan yang diberi. Mereka tidak menumpukan sepenuh perhatian dan gagal memberikan maklumat serta data yang diperlukan dalam menyiapkan tugasan. Apabila kita bersikap sambil lewa atau ambil mudah maka tiada komitmen serta disiplin yang lemah terhadap diri kita dan tugas-tugas yang diserahkan segalanya pasti akan tertangguh.
4. Masalah fizikal - Pekerja yang mempunyai masalah kesihatan yang tidak mengizinkan mereka bergerak terlalu banyak dan pantas akan menyebabkan banyak kerja tertangguh. Ini akan menyebabkan penurunan produktiviti kerja.


Strategi

Terdapat beberapa strategi yang telah dikenal pasti untuk mengatasi masalah ini seperti berikut:

1. Menetapkan matlamat bagi tempoh pencapaian kerja anda.
Pekerja hendaklah menetapkan tempoh untuk mencapai sesuatu matlamat kerja. Kaji tahap atau kedudukan pekerja sekarang berbanding dengan apa yang pekerja inginkan. Kira dan tentukan berapa banyak masa yang diperlukan untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.

2. Merancang tugasan harian ketika di pejabat. Pekerja haruslah merancang tugasan harian di pejabat dengan membuat senarai tugas atau To Do List. Pekara ini perlu dilakukan setiap hari sebelum balik dan sewaktu tiba di pejabat ketika awal pagi bagi memastikan penyusunan kerja yang penting diutamakan dan didahulukan.
Dengan membuat senarai tugasan mengikut prioriti yang perlu diuruskan, pekerja akan dapat mengenal pasti sekiranya ada tugasan yang tertunggak dan tidak dapat diselesaikan semalam akan diuruskan pada keesokan hari.

Perancangan

Pekerja juga boleh mengklasifikasikan kerja yang mana patut diutamakan dahulu dan kerja yang akan dibuat kemudian. Perancangan ini juga akan memberi gambaran kepada pekerja berapa banyak bebanan tugas yang harus diselesaikan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

3. Mencari kaedah bagi mengingatkan pekerja. Untuk melakukan tugasan seperti mencatat dalam diari atau digital organizer, memakai palmtop, memasukkan maklumat kerja di dalam telefon atau menulisnya di kalendar meja dengan memasukkan maklumat bila tugasan tersebut perlu disiapkan.

4. Mengenal pasti tugasan mana yang lebih penting untuk mencapai matlamat sesuatu program atau aktiviti. Ia boleh dilakukan dengan menulis kelebihan dan kekurangan kenapa pekerja harus atau tidak melakukan kerja yang disenaraikan terlebih dahulu.
Proses ini mampu membantu untuk menyenarai pendek kerja-kerja yang tidak harus ada dalam senarai utama. Pekerja mesti membuat kerja yang harus dibuat dahulu bukan kerja apa yang hendak dibuat.

5. Menetapkan masa untuk menyiapkan tugasan setiap hari. Pekerja mesti mengenal pasti berapa lama masa yang akan diambil untuk menyiapkan tugasan pada hari itu dan berapa lama masa rehat yang mereka akan ambil. Sebagai contoh, seorang pekerja akan membuat tugasan selama 40 minit dan kemudian mengambil masa 10 minit untuk berehat. Pekerja harus memastikan yang mereka mengikut masa yang ditetapkan untuk mencapai matlamat kerja. Ia mungkin akan menyusahkan pekerja di awal pelaksanaan tetapi dalam jangka masa panjang mereka akan dapat menyesuaikan diri bilamana ia berjaya ditabiatkan.

6. Memastikan semua benda tersusun. Setiap pekerja haruslah memastikan semua benda di atas meja dan kawasan kerja mereka tersusun supaya memudahkan mereka untuk mencari dokumen dan ia akan menjimatkan masa.

7. Pengagihan kerja. Setiap pekerja haruslah memastikan bahawa sekiranya terdapat kerja yang terlalu banyak dan harus disiapkan dalam masa terdekat ia perlu diagihkan mengikut tugasan yang bersesuaian dengan tenaga dan masa yang diperuntukkan.
Sekiranya terlalu banyak kerja yang diminta kita buat, agih-agihkan tugas kepada bahagian yang lebih kecil.
Jika menghadapi kesukaran, dapatkan seseorang yang boleh membantu serta mahir dalam bidang tersebut.

8. Pekerja wajar memastikan diri mereka sentiasa siap siaga. Berada di dalam keadaan yang fokus untuk membuat tugasan setiap hari.

9. Menghadapi segala gangguan dengan berkesan. Pekerja hendaklah menetapkan masa bila mereka ingin melakukan sesuatu tugasan penting tanpa diganggu oleh keadaan sekeliling.
Sebagai contoh, pekerja boleh mencari tempat yang minimum gangguan untuk membuat tugasan yang memerlukan penumpuan yang khusus.

10. Menukar cara pemikiran kita (Anjakan Paradigma Minda). Setiap pekerja haruslah menukar cara pemikiran mereka dengan menyerapkan sifat-sifat positif dalam menjalankan amanah yang dipikul dengan penuh tanggungjawab bagi memajukan diri dan organisasi ke mercu kejayaan.

11. Memberi ganjaran terhadap diri. Pekerja boleh menetapkan ganjaran yang bersesuaian untuk diri sendiri apabila dapat menyelesaikan tugasan dalam masa yang ditetapkan.


Justeru, tabiat menangguhkan kerja adalah amalan yang tidak sihat dan ia ditegah oleh Islam itu sendiri.
Berbanggalah dengan tugasan yang kita laksanakan seharian walau sekecil manapun kerja yang kita lakukan.
Insya-Allah, jika disertai nawaitu atau niat yang ikhlas dan menjalankan tugas adalah sebagai fardu kifayah, kita akan diganjari pahala di dunia dan akhirat.

Hidup kita akan bertambah barakah dan seterusnya organisasi serta agama kita akan maju atau berjaya menggapai mercu keterbilangan sewajarnya.

Ayuhlah kita realisasikan: '1 Syiar, 1 Qiblat dan 1 Agama'.

Sumber: Akbar Utusan 2 Disember 2009
penulis: Maslinda Sherliza Ma'aris

GULA!!

Jangan sedia minuman bergula - Ismail Sabri

KUALA LUMPUR 1 Dis. - Menyedari pengambilan gula berlebihan boleh memudaratkan kesihatan, pejabat-pejabat kerajaan dicadangkan supaya tidak menyediakan minuman bergula semasa mesyuarat atau majlis rasmi.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu bukan saja menjimatkan malah memberi pilihan kepada pengguna yang mengelak mengambil gula berlebihan untuk penjagaan kesihatan.
"Kita menggalakkan pejabat kerajaan yang mahu mengadakan mesyuarat atau majlis rasmi supaya menyediakan minuman dengan tidak membancuh gula.
"Cara ini mengawal pengambilan gula berlebihan kerana mereka mempunyai pilihan sama ada meletakkan gula atau susu ke dalam minuman mengikut sukatan disukai," katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan pelancaran Kempen Kurangkan Pengambilan Gula di pusat beli-belah The Mall di sini hari ini.
Turut hadir timbalannya, Datuk Tan Lian Hoe; Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Mohd. Zain Mohd. Dom; dan Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang, S. M. Mohamed Idris.
Ismail Sabri berkata, penjagaan kesihatan berkualiti dan gaya hidup aktif menjadi teras utama kepada peningkatan kualiti hidup rakyat negara ini.
"Jika diukur kepada jangka hayat rakyat negara ini, terdapat peningkatan jangka hayat wanita daripada 73.5 tahun pada 1990 kepada 76.4 tahun pada masa ini.
"Jangka umur lelaki pula meningkat daripada 68.9 tahun kepada 70 tahun dalam tempoh sama," katanya.
Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri berkata, syarikat yang menawarkan pelaburan berbentuk skim berkepentingan kepada orang ramai perlu mendaftar kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi mengelak tindakan undang-undang disebabkan perniagaan yang tidak sah.
"Mana-mana syarikat mahu menawarkan pelaburan berbentuk skim mestilah mendapat kelulusan daripada SSM.
"Tanpa kelulusan, mereka boleh dikenakan tindakan seperti dialami Island Red Cafe yang menjalankan perniagaan francais dan mengutip yuran francais tidak sah," katanya.
Dalam sidang Dewan Rakyat semalam, Ismail Sabri memaklumkan, SSM sedang menyiasat Island Red Cafe di bawah Akta Syarikat kerana menawarkan pelaburan berbentuk skim berkepentingan yang tidak sah kepada orang ramai.

sumber: UTUSAN 2 Disember 2009