CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, December 30, 2009

AZAM TAHUN BARU 2010

ALHAMDULILLAH TAHUN 2009 TELAH MELABUHKAN TIRAINYA DAN 2010 BAKAL MENYUSUL DENGAN PENUH RAHMAT DAN HARAPAN... MENJADI CITA-CITA SETIAP INSAN UNTUK MELAKSANAKAN SEMUA AZAM YANG DIRANGKA SETIAP TAHUN.. MUNGKIN PADA TAHUN 2009 ADA PERKARA YANG TIDAK BERJAYA DIPENUHI DAN INSYA ALLAH TAHUN 2010 MEMBAWA KEBERKATAN DAN MENJADIKAN KITA INSAN LEBIH BAIK LAGI....

AZAM NORHAFIZAH BINTI OMAR UNTUK TAHUN 2010

  1. BEKERJA DENGAN LEBIH SISTEMATIK, RAJIN DAN CEKAP UNTUK MEMPERTINGKATKAN LAGI PENCAPAIAN UNIT DOMESTIK DAN SETERUSNYA INTAN BUKIT KIARA DI MATA DUNIA
  2. MENJADI INSAN YANG LEBIH CEMERLANG DARI ASPEK ROHANI, JASMANI, SPIRITUAL
  3. MENAMBAHKAN AMAL IBADAT MENGURANGKAN HIBURAN DAN PERKARA YANG KEARAH KELALAIAN
  4. MENJADI INSAN YANG LEBIH SABAR
  5. BANYAK MEMBERI DAN MEMBANTU ORANG LAIN DI SEKELILING
  6. BERUSAHA MENDAPATKAN JODOH YANG BAIK SERTA SOULMATE YANG DAPAT MENERIMA DIRI DAN KELUARGA SEADANYA
  7. MENJADI ANAK YANG SOLEHAH
  8. MENJADI SAHABAT YANG BAIK
  9. MENJADI FIZA YANG DAPAT DITERIMA OLEH SEMUA ORANG :)

SEMOGA AZAM-AZAM INI DAPAT SAYA TUNAIKAN SEPANJANG TAHUN 2010... AMIN...

P/S: berfikir barang yang perlu dibeli untuk diri sendiri tahun 2010...

Sunday, December 27, 2009

Tempoh habilitasi

salam...
lama tak menaip citer di blog ni... selepas balik dari Pulau Langkawi, terus sibuk dengan
persiapan hari keluarga SM Noor.. banyakk citer2 nk dikongsi... tapi jari ni penat sikit so nak
menaip pun mcm x bape nk lalu.... jadi untuk sehari dua ni tempoh habilitasi... biar segar
kembali.... minggu ni xde kursus jadi nye peserta xde..... kosong jek INTAN ni ha.... dewan
makan pun x masak.... jadi suma pun dapat berehat sebelum cabaran tahun baru 2010
bermula.... FYI kunci umah baru ku telah ku terima pagi tadi... dh siap settle bayar deposit
suma.... tinggal nk cuci2 dan letak barang2.. so this weekend akan angkut barang2 dari port
klang ke sini.... tak sabar nk duduk umah baru.....

Tuesday, December 22, 2009

DINGIN....

Lirik lagu ni menyentuh hatiku.. Mungkin ada makna yang mendalam didalamnya...

Dingin malam yang menyelubungi
Hening sayu dalam hati
Berbicara bersendirian

Ku rasa resah
Selama dibuai rindu
Pada cinta yang terlalu
Terpendam di dalam hayalan

Kan ku leraikan impian indah
Kepadanya ku berserah
Mungkin tak daya
Ku tawan cinta yang sama

*Chorus
Dinginnya getaran asmara
Sentuhan mula bermadah
Ku tak bisa juarai
Jiwa yang ku tak punya

Dinginnya bila kau berkata
Ruang buat ku tiada
Memoriku gengamilah
Biarkan aku beralah

Dalam hatiku tiada dendam
Walau impian semalam
Masih mekar dalam ingatan

Kan ku leraikan impian indah
Kepadanya ku berserah
Mungkin tak daya
Tawan cinta yang sama

*Chorus

Mungkin tak daya
Tawan cinta yang sama

Tuesday, December 15, 2009

Doa Pendekat Jodoh

Baru tadi menjelajah ke blog org lain.. tetiba terjumpa satu entri yg menarik dan rasa nk dikongsi ngan kwn suma.... sesiapa yg ingin mendekat2 kn jodoh marilah kita sama2 amalkan....





Sesudah Nyanyian Koir INTAN

Alhamdulillah pagi ni selesai persembahan pertama aku sbg anggota koir INTAN.. Dgr2 Tan Sri KPPA like our performance cz he said many young officers and energetic hihihi~~
My boss (Pendaftar INTAN) pn bgtau benda yang sama... almaklumlah b4 ni mane ramai officers yg join this kind of thing.. but well done my frens... next time i will try my best to make myself present in INTAN Bukit Kiara....
Now can concentrate on preparation to Langkawi trip.. hm.. actually esok cuti so byk masa.... santai2.... tp kalo dok bilik je esok bosan gak.. nk pi mane ek... tp xkn la nk sorg2.. i wish incik moid is here........ .:sigh:.

Monday, December 14, 2009

Manusia Makin Kejam

Setiap hari ada jek berita ttg pembunuhan kejam oleh makhluk-makhluk bergelar manusia ni...
Kdg2 rasa mcm mereka nii tiada perasaan.. tiada rasa belas kasihan pada org yg mereka bunuh.. Bayangkan kalo nk sembelih ayam or lembu kambing masa Hari Raya Korban pun kadang kita rasa something, ni kn pula nk sembelih org.. mmg kejam... mungkin mereka ni mmg berdendam sgt2.. atau mungkin pada mereka membunuh adalah jalan keluar paling selamat supaya rahsia mereka tak terbongkar... terdesak sgt ke sampai perlu membuat seorang manusia kehilangan nyawanya??? tak dapat bayangkan mcm mana saat2 akhir org yg dibunuh.. merayu belas kasihan si pembunuh... jeritan kesakitan... menghantui seumur hidup..... Allah kurniakan manusia dgn akal, perasaan.... bila nafsu dan amarah menguasai diri ini lah yang terjadi.... nak hiris tgn sendiri pun takut ini kn plak nk hiris org lain....
Tapi ada jugak yg kejam dgn diri sendiri... bunuh diri.... bila rasa hidup dah xde apa2 makna lagi pilih jalan salah... habiskan penderitaan kononnya tapi impak nya pada keluarga...dan orang disekeliling.... masalah.. semua ada masalah... mmg dlm keadaan stres tak dapat fikir dgn jernih.. kejam pada diri sendiri dan pentingkan diri sendiri.,, ada jugak kes yang dia bunuh anak2 sama2 dgn alasan tak tahan tgk anak idup ssh... tapi last2 anak mati dia plak idup... tak ke dihantui rasa bersalah kalau mcm tu... kejam sgt..... apalah dosa bdk2 kecik tu.... baru nk kenal erti idup....
Tapi apa2 pn iman tu la menyelamatkan kita.... harap Allah peliharakan kita dan iman kita.. amin...

Que Sera Sera

Jom kita flashback lagu kanak-kanak dulu.. I think this can be a good direction for us.. maybe....


When I was just a little girl
I asked my mother, what will I be
Will I be pretty, will I be rich
Here's what she said to me.

Que Sera, Sera,
Whatever will be, will be
The future's not ours, to see
Que Sera, Sera
What will be, will be.

When I was young,
I fell in love
I asked my sweetheart what lies ahead
Will we have rainbows, day after day
Here's what my sweetheart said.

Que Sera, Sera,Whatever will be, will be
The future's not ours, to see
Que Sera, Sera
What will be, will be.

Now I have children of my own
They ask their mother, what will I be
Will I be handsome, will I be rich
I tell them tenderly.

Que Sera, Sera,Whatever will be, will be
The future's not ours, to see
Que Sera, Sera
What will be, will be.

Bila Kita Dilamun Chenta...

Bila kita dilamun cinta..
yang pahit ditelan jadi manis..
senyuman terukir di bibir tak lekang...
walau di marah walau di kata...

bila kita dilamun cinta...
hati rasa berbunga...
indah... semua indah di mata...
tiada kekurangan mahupun kecacatan...

bila kita dilamun cinta...
rindu...bila tak dapat bersua muka...
jiwa... rasa gelisah bila si dia tiada....
gundah... tak keruan jadinya....

bila kita dilamun cinta....
mohon pada Yang Maha Esa...
agar si dia selamat sihat sejahtera..
agar sentiasa bersama hingga ke akhirnya...
membina istana bahagia...

Bila Kita Dilamun Cinta.........

Sunday, December 13, 2009

why should u do that?

why should u argue ur boss statement and order?
if it is wrong then it can be considered but if it is not ur bisnes then why should u bother?????
just care about ur own work and stop comparing ur boss with others.. she is ur boss now so please respect her decision... although she new but why cant u give her cooperation.. this is not about personal but this is about work.. try to be professional... no matter what it is, she still ur boss...
p/s: nape nk jd org yg x suka tgk org lain senang??? apa kata bagi kerjasama yg sebaiknya.. kn senang.... jgn asik cari salah org.. kalau penah ada di keadaan yang sama dlu.... fikir2kn lah....

Thursday, December 10, 2009

Kepenatan tahap 10 petala langit..

Alhamdulillah Allah telah membantu aku n team sajian dalam melaksanakan tugasan pada malam Dinner yang Gemilang itu... Banyak lagi yg perlu belajar dan perbaiki... pengalaman pertama yang berharga.. biasalah ada kesilapan tapi diharapkan pada masa depan dapat perbaiki dan tambah mutu kerja lagi... Aku siap tlg staf cuci pinggan hihihi~~ bukan ape amik la hati staf yg dh penat bekerja sama2 kn... wpn bukan tugas aku tp main politik sikit la... tapi yg geram siap kena siram2 tu yg x tahan tu... tgh2 malam bersejuk2 ngan bj basah.... kul 1 pagi baru aku minta diri.. x larat sgt dh....
Now bz ngan perhimpunan bulanan INTAN perhimpunan bulanan JPA dan majlis2 JPA yang berderet2... hari ni tarikh tutup L.O. walaupun macam dah x larat overdose ttp jugak nk menaip kt blog cz rasa cm nk menulis.... uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..... mcm nk tercabut skru dah ni....
p/s: keletihan memberi pelbagai erti... sabar dan muhasabah diri sendiri.... nilai diri dari kaca mata orang lain..

Tuesday, December 8, 2009

Koir INTAN Bukit Kiara

Minat yang telah sekian lama berhenti kini kembali..
Disebabkan keperluan koir untuk perhimpunan JPA maka saya pun dengan memo yang tertulis namaku di situ pergi untuk latihan koir.. Best juga selain dari mmg minat, dapat juga bergaul ngan frenz from program2 dan admin.. mengeratkan silaturahim disebabkan kalau xde latihan ni suma mmg x kenal sgt ngan dorg cz dok kt atas bukit ni ha....
balik pada citer koir, cikgu Fadlita mmg sgt nice.. so apabila di uji suara sesuai untuk Soprano aaaaaaaaaaaaaa... hehehe...
jadi kami akan nyanyikan a few lagu.. very nice songs...

1. lagu JPA (yang ni mmg x tau nk nyanyi la huhu)
2. lagu 1 Malaysia (patriotik sgt kn....)
3. lagu Madah dan kerenah Ramlah Ram (yang ni lagu lama tapi liriknya mendalam)
4. lagu bukan kerna nama Ramli Sarip (this one pun mendalam juga pengertian nya...)
5. thats the way it is Celine Dion (ni rancak dan bertenaga)

hari ni x dpt pi training cz bz ngan tugas.. semoga dapat perform ngan jayanya yeah!!!

p/s: teringat waktu nyanyi koir masa form 4 kt samura untuk Malam Rasa Sayang... dan juga masa conduct koir kemerdekaan kt KMR dulu... guys miss uols....

Dinner KSN versi 2

Malam ni lah malam penentu.. diner KSN bermenukan ala2 westeren style.. course by course..
cabaran hebat.. so malam ni kena turun, tolong dan support staf2 suma... doakan kami berjaya cz ni adalah kali pertama unit sajian masak sendiri untuk diner besar ni.. 319 pax.. cross my fingers and pray.. amin....

p/s: hadiahnye kita pi bercuti ke langkawi yer anda2 suma....

Sunday, December 6, 2009

Langkawi??

Insya Allah kalau diizinkan tuhan, 18hb ni cik fiza and the sajian team akan berangkat ke INTAN Wilayah Utara dan seterusnya lawatan ke Langkawi... disebabkan cik fiza ni x penah lg pi ke Pulau Lagenda ni jadi mcm2 bermain di kotak fikiran ni.. almaklumlah cik fiza ni mabuk laut.. jadi ubat mabuk laut telah pun dibeli di farmasi... rasa excited tu ada cuma bimbang juga takut tak jadi pi... kesian kt staf cz dh janji pada anak2 dorg... menghampakan kanak-kanak kn x baik... so ni tgh berusaha dan berdoa moga2 Allah mempermudahkan lawatan kami ni nnt.... aminnnnnn....

p/s: siap beli contact lens lagi nk pi langkawi cz nk bgaya ngan sunglasses hihihi~~ miang je kn..

Wednesday, December 2, 2009

Perancangan Tahun Baru

Disebabkan dah melangkah ke bulan Disember jadi dah mulalah terfikir-fikir azam tahun baru untuk tahun 2010..
Alhamdulillah tahun 2009 memberi seribu erti.. Harapan agar tahun 2010 menjadi lebih cemerlang dan mendapat kejayaan dunia dan akhirat..

Tuesday, December 1, 2009

Elak Tangguh Kerja...

Panduan ini sesuai untuk kita yang bekerja terutamanya penjawat awam supaya gaji dan hidup kita lebih diberkati...

Renung-renungkan...

Kewibawaan sesebuah organisasi bergantung kepada prestasi setiap warga kerja di bawahnya. Andai setiap warga kerja itu cekap, amanah dan berdisiplin maka tidak timbul masalah ada kerja yang tidak sempat disiapkan atau timbunan kerja yang masih lagi memerlukan penelitian.

Persoalan yang sering menghantui sesebuah organisasi adalah kerja yang gagal disiapkan, padahal tempoh yang diberi lazimnya berpatutan.

Apabila diselidiki, ramai yang menyatakan masa tidak cukup untuk melaksanakan sesuatu tugas yang diberikan. Semua ini adalah alasan yang biasa didengar oleh pihak pengurusan apabila sesuatu tugas tidak dapat dilaksanakan oleh warga kerjanya.
Punca masalah ini yang semakin hari semakin berleluasa adalah amalan menangguh kerja yang sering diamalkan oleh pekerja.

Pada mereka mungkin terlalu banyak kerja yang hendak disiapkan hingga tidak dapat mengenalpasti kepentingan sesuatu kerja tersebut kerana setiap tugasan yang diberi mempunyai tarikh tamat yang tersendiri.

Bagi mereka kerja yang lambat lagi perlu dihantar akan dibuat kemudian atau kadangkala lupa terus untuk dibuat.
Mereka akan memfokus menyiapkan kerja yang tarikh tamat hampir tiba terlebih dahulu. Sikap inilah yang menjadi punca utama kepada kegagalan sesebuah organisasi melaksanakan amanah dengan cemerlang.

Bertangguh bermakna kita dengan sengaja melambat atau tidak menyiapkan sesuatu kerja, aktiviti atau tugasan yang diamanahkan atas pelbagai alasan.

Sikap suka bertangguh ini ibarat virus atau barah yang senang membejati setiap pekerja dalam sesebuah organisasi. Cuba kita renungkan, berapa ramaikah pekerja yang akan membuat To Do List setiap hari apabila datang ke pejabat.

Kadang-kadang sikap bertangguh itu terjadi kerana kita mengambil masa yang terlalu lama menguruskan hal peribadi sendiri tanpa memikirkan ada kerja yang menunggu dan perlu disiapkan.

Hal-hal yang tidak berkaitan dengan kerja selalu dijadikan keutamaan hingga menjejaskan kerja hakiki di pejabat. Setiap hari kerja kita akan diganggu oleh pelbagai kerenah manusia yang akan melambatkan kita menyelesaikan kerja yang telah dirancang seperti membalas khidmat pesanan ringkas (SMS) peribadi. Menjawab telefon terlalu lama, kerap ke tandas, lebih suka berborak dari melakukan kerja yang diamanahkan, mengambil masa yang lama ketika rehat makan tengahari dan sebagainya.

Di antara faktor yang menyebabkan wujudnya sikap bertangguh ini adalah seperti berikut:

1. Pengurusan - Sistem pengurusan yang lemah termasuk dari segi pengurusan diri, masa, sumber dan tenaga.
2. Kesempurnaan - Pekerja mempunyai sikap kesempurnaan yang tinggi di dalam melaksanakan sesuatu kerja yang diberi. Sikap ini sememangnya elok diamalkan tetapi sekiranya ia terlalu mementingkan kesempurnaan ia akan dikategorikan sebagai cerewet.
Oleh itu, sekiranya pekerja mengamalkan sikap yang demikian, maka sebenarnya tiada kerja yang dapat dilaksanakan.
3. Sikap sambil lewa - Pekerja mempunyai sikap yang tidak mengambil berat mengenai sesuatu tugasan yang diberi. Mereka tidak menumpukan sepenuh perhatian dan gagal memberikan maklumat serta data yang diperlukan dalam menyiapkan tugasan. Apabila kita bersikap sambil lewa atau ambil mudah maka tiada komitmen serta disiplin yang lemah terhadap diri kita dan tugas-tugas yang diserahkan segalanya pasti akan tertangguh.
4. Masalah fizikal - Pekerja yang mempunyai masalah kesihatan yang tidak mengizinkan mereka bergerak terlalu banyak dan pantas akan menyebabkan banyak kerja tertangguh. Ini akan menyebabkan penurunan produktiviti kerja.


Strategi

Terdapat beberapa strategi yang telah dikenal pasti untuk mengatasi masalah ini seperti berikut:

1. Menetapkan matlamat bagi tempoh pencapaian kerja anda.
Pekerja hendaklah menetapkan tempoh untuk mencapai sesuatu matlamat kerja. Kaji tahap atau kedudukan pekerja sekarang berbanding dengan apa yang pekerja inginkan. Kira dan tentukan berapa banyak masa yang diperlukan untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.

2. Merancang tugasan harian ketika di pejabat. Pekerja haruslah merancang tugasan harian di pejabat dengan membuat senarai tugas atau To Do List. Pekara ini perlu dilakukan setiap hari sebelum balik dan sewaktu tiba di pejabat ketika awal pagi bagi memastikan penyusunan kerja yang penting diutamakan dan didahulukan.
Dengan membuat senarai tugasan mengikut prioriti yang perlu diuruskan, pekerja akan dapat mengenal pasti sekiranya ada tugasan yang tertunggak dan tidak dapat diselesaikan semalam akan diuruskan pada keesokan hari.

Perancangan

Pekerja juga boleh mengklasifikasikan kerja yang mana patut diutamakan dahulu dan kerja yang akan dibuat kemudian. Perancangan ini juga akan memberi gambaran kepada pekerja berapa banyak bebanan tugas yang harus diselesaikan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

3. Mencari kaedah bagi mengingatkan pekerja. Untuk melakukan tugasan seperti mencatat dalam diari atau digital organizer, memakai palmtop, memasukkan maklumat kerja di dalam telefon atau menulisnya di kalendar meja dengan memasukkan maklumat bila tugasan tersebut perlu disiapkan.

4. Mengenal pasti tugasan mana yang lebih penting untuk mencapai matlamat sesuatu program atau aktiviti. Ia boleh dilakukan dengan menulis kelebihan dan kekurangan kenapa pekerja harus atau tidak melakukan kerja yang disenaraikan terlebih dahulu.
Proses ini mampu membantu untuk menyenarai pendek kerja-kerja yang tidak harus ada dalam senarai utama. Pekerja mesti membuat kerja yang harus dibuat dahulu bukan kerja apa yang hendak dibuat.

5. Menetapkan masa untuk menyiapkan tugasan setiap hari. Pekerja mesti mengenal pasti berapa lama masa yang akan diambil untuk menyiapkan tugasan pada hari itu dan berapa lama masa rehat yang mereka akan ambil. Sebagai contoh, seorang pekerja akan membuat tugasan selama 40 minit dan kemudian mengambil masa 10 minit untuk berehat. Pekerja harus memastikan yang mereka mengikut masa yang ditetapkan untuk mencapai matlamat kerja. Ia mungkin akan menyusahkan pekerja di awal pelaksanaan tetapi dalam jangka masa panjang mereka akan dapat menyesuaikan diri bilamana ia berjaya ditabiatkan.

6. Memastikan semua benda tersusun. Setiap pekerja haruslah memastikan semua benda di atas meja dan kawasan kerja mereka tersusun supaya memudahkan mereka untuk mencari dokumen dan ia akan menjimatkan masa.

7. Pengagihan kerja. Setiap pekerja haruslah memastikan bahawa sekiranya terdapat kerja yang terlalu banyak dan harus disiapkan dalam masa terdekat ia perlu diagihkan mengikut tugasan yang bersesuaian dengan tenaga dan masa yang diperuntukkan.
Sekiranya terlalu banyak kerja yang diminta kita buat, agih-agihkan tugas kepada bahagian yang lebih kecil.
Jika menghadapi kesukaran, dapatkan seseorang yang boleh membantu serta mahir dalam bidang tersebut.

8. Pekerja wajar memastikan diri mereka sentiasa siap siaga. Berada di dalam keadaan yang fokus untuk membuat tugasan setiap hari.

9. Menghadapi segala gangguan dengan berkesan. Pekerja hendaklah menetapkan masa bila mereka ingin melakukan sesuatu tugasan penting tanpa diganggu oleh keadaan sekeliling.
Sebagai contoh, pekerja boleh mencari tempat yang minimum gangguan untuk membuat tugasan yang memerlukan penumpuan yang khusus.

10. Menukar cara pemikiran kita (Anjakan Paradigma Minda). Setiap pekerja haruslah menukar cara pemikiran mereka dengan menyerapkan sifat-sifat positif dalam menjalankan amanah yang dipikul dengan penuh tanggungjawab bagi memajukan diri dan organisasi ke mercu kejayaan.

11. Memberi ganjaran terhadap diri. Pekerja boleh menetapkan ganjaran yang bersesuaian untuk diri sendiri apabila dapat menyelesaikan tugasan dalam masa yang ditetapkan.


Justeru, tabiat menangguhkan kerja adalah amalan yang tidak sihat dan ia ditegah oleh Islam itu sendiri.
Berbanggalah dengan tugasan yang kita laksanakan seharian walau sekecil manapun kerja yang kita lakukan.
Insya-Allah, jika disertai nawaitu atau niat yang ikhlas dan menjalankan tugas adalah sebagai fardu kifayah, kita akan diganjari pahala di dunia dan akhirat.

Hidup kita akan bertambah barakah dan seterusnya organisasi serta agama kita akan maju atau berjaya menggapai mercu keterbilangan sewajarnya.

Ayuhlah kita realisasikan: '1 Syiar, 1 Qiblat dan 1 Agama'.

Sumber: Akbar Utusan 2 Disember 2009
penulis: Maslinda Sherliza Ma'aris

GULA!!

Jangan sedia minuman bergula - Ismail Sabri

KUALA LUMPUR 1 Dis. - Menyedari pengambilan gula berlebihan boleh memudaratkan kesihatan, pejabat-pejabat kerajaan dicadangkan supaya tidak menyediakan minuman bergula semasa mesyuarat atau majlis rasmi.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu bukan saja menjimatkan malah memberi pilihan kepada pengguna yang mengelak mengambil gula berlebihan untuk penjagaan kesihatan.
"Kita menggalakkan pejabat kerajaan yang mahu mengadakan mesyuarat atau majlis rasmi supaya menyediakan minuman dengan tidak membancuh gula.
"Cara ini mengawal pengambilan gula berlebihan kerana mereka mempunyai pilihan sama ada meletakkan gula atau susu ke dalam minuman mengikut sukatan disukai," katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan pelancaran Kempen Kurangkan Pengambilan Gula di pusat beli-belah The Mall di sini hari ini.
Turut hadir timbalannya, Datuk Tan Lian Hoe; Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Mohd. Zain Mohd. Dom; dan Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang, S. M. Mohamed Idris.
Ismail Sabri berkata, penjagaan kesihatan berkualiti dan gaya hidup aktif menjadi teras utama kepada peningkatan kualiti hidup rakyat negara ini.
"Jika diukur kepada jangka hayat rakyat negara ini, terdapat peningkatan jangka hayat wanita daripada 73.5 tahun pada 1990 kepada 76.4 tahun pada masa ini.
"Jangka umur lelaki pula meningkat daripada 68.9 tahun kepada 70 tahun dalam tempoh sama," katanya.
Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri berkata, syarikat yang menawarkan pelaburan berbentuk skim berkepentingan kepada orang ramai perlu mendaftar kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi mengelak tindakan undang-undang disebabkan perniagaan yang tidak sah.
"Mana-mana syarikat mahu menawarkan pelaburan berbentuk skim mestilah mendapat kelulusan daripada SSM.
"Tanpa kelulusan, mereka boleh dikenakan tindakan seperti dialami Island Red Cafe yang menjalankan perniagaan francais dan mengutip yuran francais tidak sah," katanya.
Dalam sidang Dewan Rakyat semalam, Ismail Sabri memaklumkan, SSM sedang menyiasat Island Red Cafe di bawah Akta Syarikat kerana menawarkan pelaburan berbentuk skim berkepentingan yang tidak sah kepada orang ramai.

sumber: UTUSAN 2 Disember 2009

Monday, November 30, 2009

Mengemas Pejabat hehe~~



Disebabkan banyak tugas2 yang memerlukan pihak lain untuk buat tindakan maka aku dgn jaya nyer telah memulakan operasi mengemas ruang pejabat depan (bukan bilik aku tp blah luar) disebabkan ruang tu pun byk brg2 yg lama dan x brape terurus.. org lain suma cm x sempat jek nk kemas jadi aku pn tgn gatal mengemas.. syok jugak.. tp x berani nk buang2 sgt cz takut ada dokumen yg penting kang terbuang naya... best jugak tgk bahagian tu kemas sket.. lgpn tinggal aku n PT sorg jek yg dok keje arini jadi sementara dia dok urus pasal langkawi aku pun dok ngemas2 la... xpe ptg nnt nk sambung lagi.. chayok fizaaa!!!!



Sunday, November 29, 2009

kalau tak suka pulangkan..

bacalah dan ambil iktibar... kredit kepada

Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta dihalakan ke dalam garaj. “Horey! Papa balik!” Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.
“Tepi! Bahaya tau tak?” Jeritnya.
Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.
“Aimin bawa adik ke belakang.” Arahnya pada anak yang sulong.
Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.
“Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita,” pujuk Laila.
Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.
“Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!” Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya. “Asal saya balik rumah mesti bersepah. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?” sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.
“Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman.” Balas isterinya lembut.
“Fail saya kat depan tu mana?”
“Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan.”
“Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi.” Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu.
Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya. “Laila” Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.
—————————————————————————-“Saya nak ke out station minggu depan.”
“Lama?” Soal Laila.
“Dalam seminggu.”
“Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?”
“Budak-budak? “
“Ikut jugalah.”
“Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana . Tengok masa kat Legacy dulu tu&”
“Masa tu Amirul kecik lagi.” Balas Laila. Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi. ” Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak ke mana-mana.” “Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung,” Muktamad! Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.
“Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!”
“Manalah saya ada masa..” “Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!” Dia tersentak dari khayalannya. “Kalau tak suka pulangkan balik!” Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir. Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma..
“Mizi, makan!” Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. “Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah.”
———————————————————————————-“Papa! Makan!” Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya. “Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?”
Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.
“Awak masak apa?”
“Mama masak sup tulang dengan sambal udang!” jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.
“Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!”
“Papa nak ke mana?” Soal isterinya perlahan.
“Keluar!”
“Mama dah masak Pa!”
“Awak saja makan!”
“Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!”
Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan. “Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?” Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi. “Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan.” “Abang tak suka tengok papa marah-marah. .” “Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?”
Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?
Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.
“Laila..” serunya
“Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti.” Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.
“Sunyi pulak rumah ni mak,”
“Lama-lama kau biasalah.”
Airmatanya menitis laju. “Kalau tak suka pulangkan!” Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.
———————————————————————————-“Papa beli apa untuk Aiman?” Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.
“Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu.”
“Tak ada lah?”
“Ingat papa ni cop duit?”
Aiman termangu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.
Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya. “Awak tak sihat ke?”
Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.
“Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi.” Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.
Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.
“Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!” Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.
Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.
“Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!”
Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.
“Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan. ” Ujar Laila perlahan
“Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana , kecah barang. Gila apa?” Omelnya kembali.
Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.
———————————————————————————–“Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni.” Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang. Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah. “Celaka betul!” Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja. “Abang!”“Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!” Getusnya kasar.Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.
Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.
“Pak Ngah, Eddie nak balik!” Shamizi terpana. Dia mengangguk. “Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti.” Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A. “Laila”
—————————————————————————————————-“Papa nak ke mana hensem-hensem gini?” Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. “Wangi-wangi lagi. Dating ye?”
“Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff.” Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.
“Ikut boleh?”
“Dia tak ajak family. Staff only!” Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang. “Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami.”
“Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. “
“Papa pesanlah..”
“Nantilah besar sikit.” Dalihnya.
“Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun.”
“Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,”
Laila terdiam. “Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki.”
“Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik.” “Mama tanya sikit boleh?” Dia mengangguk “Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?”
Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.
“Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik,” ujar Mr. Kwai, tuan rumah.
Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.
“Kalau tak suka pulangkan!” Kata-kata itu semakin keras di fikirannya. Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian. “Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan! ” Laila merenungnya dalam.. Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil. Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa.. “Kalau tak suka pulangkan,”
Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.
Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila.
Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.
Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah. Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..
Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan…….

Makan Malam DPA Bersama Ketua Setiausaha Negara

erm.. big task...
almost 500 guest...
makan chicken chop tu... mmg ssh..
tapi i know.. my staff suma boleh buat... Insya Allah..
kena yakin dan usaha.. aku selaku pengurus kena la bantu2 ape yg patut..
bagi semangat..
lagipun kn dh janji nk bwk pi langkawi huhuhu
boss jugak yg mcm x dpt pi jek......... ada retreat SKT kt DALAM INTAN JER................
xpe la..
bagi peluang la bersuka ria sket.. wpn boss kena tinggal uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~~~

Cinta Balqis

Mula2 tgk citer ni cm stok2 citer melayu yg lain2 la..
anak org miskin bcinta ngan anak org kaya.. nk kawen x restu then kawen lari...
tp xtau ada something yg agak menarik dgn citer ni.. pelakon nye pn ala2 biasa je.. tp lama2 plot tu nampak menaik dan perasaan ingin tahu tu makin meningkat...
tp kesian... kawen lari xde sijil nikah pastu nyaris2 anak nye kena declair anak haram.. bahaya2.. pengajaran pada yg pk nk kawen lari tu... jgn pk singkat.. kena pikir pjg2... pk semua pihak and masa depan...

p/s: hatiku seakan dibius

Becoming to be a teacher again...

tajuk entry mcm best je kn...
tu la mmg plan untuk ngajar tuisyen bagi anak-anak warga INTAN ni...
saje nk isi masa lapang di samping cari duit lebih...
seronok ngajar ni..
wpn mencabar jugak tp bila anak murid tu dapat ilmu yang kita sampaikan rasa gembira...
so now i have to work on sylabus sekolah...
ingat nk try wat ulangkaji dari previous year tgk prestasi student2 b4 masuk level seterusnya...
hopefully sumanya akan bjalan lancar dan bjaya.. chayok!!!!!!!!!!!!!!!!!

cikgu fiza.... :)

Nape semua orang takde kat opis???

alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
nape suma orang cuti ni???
lama lak tu...
tinggal aku jek x cuti ni.....
sedey gilos....
tau aritu amik cuti lama2 huhuhu...

Monday, November 23, 2009

Today...

hope today will be the best day...
hope today Allah will bless us and shower us with all the good things...
pray that today can be good day with smile and joy like anydays before....
today..today..today...
may love and joy bring happiness to .:US:. :)


alles gute zoom viel gluk
ich liebe dich me love...

Thursday, November 19, 2009

Mempengerusikan Mesyuarat Bulanan....

salam...
tajuk mcm best tapi sebenarnya x la bape best sgt...
nk chair meeting ni bkn ssh tapi x senang...
mcm2 perkara kena nk pk..
salah ckp staf2 kecik hati... kalo ckp depan2 xpe ni kutuk blkg lak tu...
almaklumlah aku ni bdk2 (budak ker???) darah muda darah panas..
adakalanya wat kesilapan guna bahasa yang ganas2 n brutal sket...
staf plak usia dh mcm mak n abah kita jek...
cpt la tersentuh n terasa hati...
ssh wooooo....
bila ckp kena gunakan ayat super duper sopan santun berbudi pekerti....
ni la kesukaran nye bila bos tu bdk n perempuan lak tu... mcm2 hal...
tp so far, bila aku bcakap masih ada respect dr mereka la....
wpn cm x bape suka tp kena la suka gak sbb menerima arahan dari semasa ke semasa tu... (ayat wajib pegawai kerajaan)
byk yang belajar dalam 4 bulan btugas ni.. mmg byk sgt2....
learning process yg mendewasakan....
kepada sesapa yg nk jd pegawai kerajaan.. this is the reality that u have to face...
chayok!!!!

Wednesday, November 18, 2009

Santapan Diraja

Next week aku telah diberikan task baru untuk menguruskan Hi-Tea Santapan Diraja pada 24 November ni untuk Tunku Panglima Besar Tengku Puteri Intan Syafinaz iaitu puteri kepada Sultan Kedah.. cabaran yang besar juga selepas cabaran-cabaran sebelum ni yang sediakan sajian untuk TPM, Menteri2 dan juga Ketua Setiausaha Negara... dah buat follow up dengan PA Tengku Puteri berkenaan kegemaran dan protokol.. pergh.. serba kuning la nnt... insya Allah i will try my best!!
cuakkkk seyyyyy....
saje letak warna kuning bagi nampak aura diraja sket hihihihi~~~

Lama tak menulis...

salam..
lama sangat2 x menulis..
banyak cerita-cerita baru yang nak share tapi tu la masa x berapa mengizinkan..
actually password blog pun dan macam ala2 lupa tapi try2 test tadi boleh plak... ^.^
life skrg mencabar..
beza dgn masa jd cikgu dulu...
cikgu dulu mencabar tapi ini lagi mencabar cabar jiwa dan raga..
try my best to fit in the post.. byk pengorbanan dan perkara baru yang perlu dicari dan dipelajari untuk capai matlamat ni...
nk bercinta pun tak sempat (cewaahhhh ayat kontroversi tuuuu)
but life must go on.. no matter what.....
maybe pas ni boleh sambung perkara yang dh lama tak buat untuk release tensen iaitu menulis blog...
salam kembali daripada fizziefiza....

Sunday, July 12, 2009

Long Time No See..

salam..
lama gak x menulis.. bz sket ngan tugas2 baru sebagai Timbalan Pendaftar A Pengurus Asrama N41 di INTAN Bukit Kiara.. new challenge.. at first aku amik masa sesuaikan diri dgn keadaan dan budaya kerja kt sini... macam2 kena blaja.. org baru.. muda lg.. x byk pengalaman.. harap2 dapat belajar ngan cpt dan pantas supaya org lain rasa senang dan boleh terima.. aku btugas di unit domestik yg merangkumi seksyen penginapan dan sajian.. so big duty cz ini mcm ala2 tulang belakang kepada INTAN.. kata org tu cerminan laa... kalo tugas x dijalankan dgn baik dr segi makanan dan penginapan, org tetap akan komplen.. tu biasa la.. mcm2 org mcm2 ragam.. tapi aku bersyukur cz team aku di sajian dan penginapan baik dan beri kerjasama yg sgt2 best.. wpn aku muda, dorg respect dan byk beri tunjuk ajar.. ala2 bdk skolah gitu.. best sgt... sape2 kakitangan kerajaan boleh la jumpa aku kt sini.. u r most welcome here to INTAN Bukit Kiara :)

Wednesday, June 17, 2009

Perjalanan Sebagai Guru akan BERAKHIR..

Salam..
perjalanan aku sbg seorang guru sandaran akan berakhir pada 30 Jun ni kerana aku akan melapor diri di JPA pada 1 JULAI... wahhhh.. perasaan bercampur baur.. Hepi ada.. Sedey pn ada..
So skrg kena bersedia ngan cabaran baru.. Preparation to be a good PENGURUS ASRAMA.. huahahahaha... doakan aku yer...

Monday, June 1, 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU SA'RA..

Slamat pengantin baru sahabat ku Sa'ra yg akan bernikah dgn pasangannya Hamzah di Kelantan..
Syg aku x dpt hadir bersama menyaksikan majlis pernikahan kalian berdua.. Tapi doa ku sentiasa mengiringi kalian semoga segala sesuatu yg dirancang berjalan lancar... AMIN!!!

Moga kekal ke akhir hayat sbg pasangan suami isteri yg happy n sporting hihi~~

Moga lekas2 timang anak so leh la i dtg umah u ek sa'ra main2 ngan anak u nnt hihi~~ (nk tgu anak sendiri xtau bila lg kn.. timang ler anak org dlu wat latihan hohohoho...)

Manfaatkan hadiah yg i n oai bg tu tau.. wink!! (^.^ )

Sayang u..

Frenship forever!!!!

Tuesday, May 26, 2009

Dilema Bos Perempuan Muda...

Tajuk ni menarik kn..

Disebabkan aku bakal akan jd bos perempuan muda, jadi aku rasa topik ni ala2 sesuai huhu~~
Preparation dari pelbagai aspek perlu aku tgk supaya aku disegani, dihormati dan suma tugas2 dapat bjalan lancar.. bkn ape.. dh la aku ni muda, zero experience so aku mmg kena byk sgt2 belajar ngan mereka2 yg jauh lebih berumur dan byk pengalaman drpd aku... sesiapa yg ada tips2 ke leh la share bsama kn...

aku ada la baca2 tips utk jd bos muda ni.. byk jugak la yg kena diubah... dari segi penampilan.. dh kena la calit2 make up sket2.. xkn bos nk pucat jek kn.. pakaian plak kena la kemas, cantik n sedap mata memandang... Bak kata Cik Faiez kena la pakai vogue2 cz dh jd bos hehehe~~

wah... i need grooming class right now!!!

Antara kerjaya dan cinta..

kerjaya atau cinta... yang mane diperlukan dahulu... kdg2 ni jd konflik dlm diri.. sbb kalo ada kerjaya xde cinta pn ssh jugak.. ada cinta xde kerjaya parah jugak... pada aku... aku cari kerjaya dlu.. sbb kalo bcinta pn xde duit, cmne nk kawen... tul x????

So as i now already have job.. i want to set my future target...

1. Kerja sungguh2 berkhidmat utk negara.. cewahhhhh!!
2. Mengumpul duit utk masa hadapan... bkn ape.. kalo ada emergency ke ape ke dh senang kn..kn..
3. Mencari calon2 yg baik utk mak n abah aku.. (ni target yg cm ssh jek tp xpe.. yg ptg ada target)
4. Nak cari2 umah utk wat aset...
5. Nak lunas kn PTPTN ku...
6. Nak beranikan diri bawak kete (ni sepatutnye dh lama aku leh wat... penakut sgt)

Harap2, target2 aku tu dpt la aku capai.. walaupun x suma tapi i have to work on it... Be the best Fiza.. U can do it...

Saturday, May 23, 2009

Teacher's Day!!!

Kalau dulu hari guru kita blumba2 nk wat persembahan kan.. igt lagi zaman kanak2 umur dlm 10 ke 9 tahun.. sibuk nk wat persembahan.. but now bila dh jd cikgu... excited nk tgk persembahan murid2 ni... really impressive... Bila ada hari yg khas untuk sambut profession seorang guru, mmg rasa dihargai... rasa penat lelah selama ni berbalas ngan ucapan..... 'Terima Kasih Cikgu'... seriously.. bila murid ckp terima kasih tu.. perasaan berbaur.. rasa hepi.. sedey... sebak.... penghargaan yg org lain x dpt...tp cikgu dpt.. Sambutan hari guru STAJ mmg sederhana xde la cm SAMURA dlu tapi aku rasa sgt bermakna sbb aku ngajar situ... sentimental lak cikgu ni ekkkk...

Aku join pertandingan sajak hari guru... dapat no 1..hihi~~ so sweet... dh ler x penah masuk pertandingan deklamasi sajak.. tetiba join dpt no 1 lak... sajak nye simple tp bila kita hayati btul2 maksud nye mendalam..


Then ada majlis perpisahan utk PK1 Datin Low yg sgt cantik n baik... Kitorg dh lapar so ada sate atas meja kitrg bedal jek la.. lawak sungguh.. dh ler anak pengetua semeja ngan kitorg.. dia pn sempoi jek... majlis habis kul 2 lbh... mmg penat sket tapi hepi... Sweet Moment Sweet Memories that i will remember forever... me as a TEACHER...

Sweet Sour Working As Secondary School Teacher...

Salam..
lama dah x menulis.. almaklumlah cz last 2 weeks aku kena demam teruk seminggu tak mengajar.. then bz wat paper exam PJK and Sivik... pastu skrg ni bz ngan tugas2 sbg pengawas peperiksaan..
Actually seronok jd cikgu ni.. wpn mmg penat n kdg2 geram ngan kerenah 'anak-anak' yg mcm2 hal but still it was a really good and tough experience 4 me... aku x suka marah2 bdk2 ni... cikgu2 lama suma pesan jgn buat baik sgt nnt dorg pijak kepala tapi aku rasa kalo kita asik emo2 pastu ngamuk2 pn dorg x suka.. mula2 aku try tegas2 sket.. pastu bila dh knal ngan dorg.. they can easily mix around with me...

Kelas 2M5 mmg tkenal ngan hell nye.. bdk2 lelaki melayu dia mmg nakal2.. bdk2 cina dia kurang ajar aku pn xtau nape.. 2 mgu lepas aku ajar drg PJK... aku ganti cikgu lelaki so aku kena la ajar PJK lelaki.. cm biasa bila PJK bg bola dorg pn main ler ikut suka hati... bdk2 melayu lelaki yg nakal ni amik bola takraw.. aku dok lepak tepi longkang (as usual hihi~~) then bdk2 nakal ni dtg kt aku.. cm nk borak2 la.. ok gak... aku layan jek la... tetapi ada 2 org still main timbang bola takraw.. unfortunately, bola tu mlantun kena btul2 atas kepala aku... adoiiiiiiiiiiiiiii bdengung kejap kepala.... peningggggggggggggggggggg!!! Tp aku xde la marah dorg.. x sengaja.. Tapi mmg jd bahan la pastu ngan bdk2 ni... nakal tul!!!

Kelas 1P5 mmg kelas yg agak blkg la jugak... ramai gak melayu... sian dorg ni.. ada yg x tau membaca pn... aku bual2 ngan a few girls kelas tu.. cite2 biasa.. then sorg ni wat luahan perasaan... sampai nangis2... sian jugak.. aku try nasihat suh dia hormat mak ayah.. balaja rajin2... x kesah la masuk ke hati or otak dia ke tak janji aku nasihat....

Bdk2 ni kalo kita pandai amik hati dorg, dorg akan jd mesra and rapat ngan kita...

Bgantung la pada diri sendiri macm mana nk nilai setiap individu...

Salam Sayang...

Cikgu Norhafizah Omar

Wednesday, April 29, 2009

Murid murid ku..~~

27 April 2009..
First day aku ngajar STAJ.. huhu~~
11 tahun lepas aku dok blaja skejap kt skolah ni.. last2 skrg aku ngajar plak..
Tp keadaan dh beza.. murid2 makin dahsyat.. ganazzzzzzzzzzzz....
Seriusly mmg tough ngajar skolah ni.. respect pd guru mmg sikit jek....
xpe lah.. cabaran kn.. kata nk jd guru..kena la tahan..

aku b4 masuk kelas mmg baca segala ayat2 pelembut hati dan ayat2 kekuatan mental.. alhamdulillah.. so far masih leh tahan.. just hari ni jek la... aku letak handbag bwh meja.. ada ke sorg bdk cina ni leh tarik beg aku.. syukur aku toleh.. menjerit aku.. kalo tidak HP dan beg duit aku sure kena sapu...huhuhuhu~~~~ menakutkan... xpe la... bersabar untuk kebaikan...

SELANGOR MENANG PIALA FA!!!

Best giler masa tgk Piala FA.. x sangka plak Selangor menang.. mula2 tgk dh give up dah.. siap tukar channel lain lagi.. tapi pastu goal plak.. terus stick at TV1 and watch the match sampai habis.. huhu~~ Sib baik menang..kalo kalah mmg nk kena geget team Selangor.. hihi~~ dah lama x tgk bola rasa emosional aku dlu2 tu dtg semula hehehe.. ViVa ViVa ViVa Selangor!!!!

Friday, April 24, 2009

cikgu oh cikgu....

Alhamdulillah.. td sek men tengku ampuan jemaah dh call.. so this monday aku dh mula ngajar kt skolah tu... alhamdulillah at last ada dh keje.. ngajar sekolah menengah plak.. big challenge... so kena guna approach baru.. sekolah menengah kita kena la jd kwn ngan bdk2 ni... risau pn ada gak ni.. xpe2... kena take the challenge kn... :)

Tuesday, April 21, 2009

Kawen oh Kawen Part 1

Salam... Bulan 7 ni my cousin Amir akan melangsungkan perkahwinan dgn pujaan hatinye Ain.. Wahh.. i'm so excited... sbb Amir org 1st yg kawen dlm family kami.. kitorg rapat so persediaan suma aku akan take part.. wahhhhh x sabar... nk bau bunga rampai hihi~~~

So 2/5 ni kami akan wat mesyuarat.. utk preparation dan pembahagian tugas... almaklum la kn.. keje kawen ni bkn sikit2 tugas nyer...

Aku nk keje yg senang2 la.. hhihi jahat x.. ingat nk tempah bj lawa2 sket.. nk melaram huhu~~

Yang penting, nnt dia nikah mesti nk kena pegi.. nk tgk wajah cuak Amir Yazid Abu Sofian masa akad nikah wah wah....


Monday, April 20, 2009

You Say Aku.. cute song.. :)

You say aku seperti Barbie
You look so pretty menarik hati
You say aku layaknya peri
Tebarkan cinta di atas bumi

Baby please.. please..
Don’t play on me
Baby please.. please..
Love me, love me

Beibeh beibeh my beibeh
You drive me crazy

Beibeh beibeh my beibeh
My heart is beating honey

Beibeh beibeh my beibeh
Oh please say love me

Beibeh beibeh my beibeh
Beibeh..mmuuuaaacchh

You say aku seperti puteri
Yang kau cari selama ini

Beibeh beibeh my beibeh
You drive me crazy

Beibeh beibeh my beibeh
Beibeh..mmuuuaaacchh

Halo.. Yes!!

My love friend..

susah nk cari kawan yg boleh ngam dan paham kita.. kdg2 kwn dh lama pn x semestinya cmtu kn.. disebabkan i enjoy chatting YM, i found new friend.. nice friend.. irwan nizam :) hopefully kita leh kawan sampai bila2 ek awkkkkk... jgn nakal2 tau... happy always..

p/s: komen tau awk..

Thursday, April 16, 2009

Akhirnya selesai sudah satu bahagian...

salam..
akhirnya selesai jugak aku pi interview SPA.. cuaknyer bukan main lg... tp Dato' Abbas yg interview aku tu mmg sempoi.. asik dok tanya pasal jodoh jek... so funny.. skrg ni tinggal doa dan tawakal.. kalau ada rezeki aku insya Allah dpt la keje ni.. aminnnnnnn... esok ada exam MEDSI plak.. utk DPLI... bdoa yg tbaik.... sakit otak pas interview cz b4 interview dok hafal2 nama2 menteri tp sorg pn x di tanya hihihi~~

Wednesday, April 8, 2009

Fiza... Please get ready and be prepare for your interview huhu~~

Salam..
lama dh x update blog.. quite bz ngan skolah.. almaklumlah minggu2 terakhir bergelar guru.. So hari jumaat lepas, aku dpt surat panggilan interview.. mlompat2 aku ngan mimie.. excited la sgt2... almaklumlah kn bkn senang nk dpt panggilan interview.. so.. kena la get ready..byk hal kena wat..

  1. Baca surat panggilan tgk ape dokumen yg diperlukan...
  2. pi geledah suma sijil2 surat beranak ape yg patut..
  3. Pi search internet maklumat ttg keje tu..
  4. Cari baju2 yg sesuai nk pki interview.. (geledah almari baju ler nampaknye..)
  5. Mula membuka suratkhabar (wpn b4 ni malas2 nk baca)
  6. Mula terconggok depan tv kul 8 mlm tgk berita (b4 ni dok buka YM kul 8 mlm hehe~~)
  7. Mula bercakap secara formal (hehe mesti org igt aku cm fius tbakar)
  8. Mula cari ttg perlembagaan, RMK-9, bajet mini, kabinet, rukun negara dan mcm2 lg yg masa SPM dlu blaja sejarah
  9. Mula pk soalan2 pelik yg bakal disoal (ni part yg klakar gak.. sendiri tanya sendiri jawab)
  10. Minta semua org doakan kejayaan...
  11. Cari keyakinan diri.. bsikap positif..
ermm... byk kn.. siap wat checklist tu... kena pasti kan suma nye lengkap n bjalan lancar...
usaha tangga kejayaan.. chayok2

Sunday, March 29, 2009

HAPPY BIRTHDAY TO ME....

30th march 2009 my 24th birthday.. setahun lg usia ku bertambah... jadi lebih matang...jadi lebih dewasa.. mampu berfikir dengan lebih baik dan bijaksana... aku berharap, tahun ni akan jd tahun yg lebih baik utk diri aku... mempersiapkan diri untuk menghadapi cabaran hidup.. mencari pekerjaan yang stabil.. membantu family.. mencari jodoh yg tbaik dan sesuai utk diri ni dan jugak keluarga.... maybe I am not a good person but i need a good person to guide my... YA ALLAH... please hear my prayer... i am just a small person... that really need guidance from MY ALL MIGHTY... amin...

Wednesday, March 18, 2009

My Favourite Past Time (PART IV)

Kegemaran terbaru aku bila balik kampung ialah pi berkebun tanam serai.. believe it or not??? Mula-mula mmg x bape nk minat.. then aku pn try pgg cangkul hari tu... terbest la plak.. bukan ape.. selain drpd berbakti kepada tanah.. leh gak kuarkan peluh.. increase fat burning.. hihi~~~ tapi syok gak... bila dh tanam2 tu.. nampak hasil.. rasa teruja nk tanam lagi... try it.. sure u will love it... trust me..




Disamping tu.. aku n cousins siap trekking kt tanah yg bersemak kt blkg umah atok banting.. perghhhh... Nadiah n Nadhrah siap pakai bj kurung trekking tu.... lawak jek.. langkah2 semak samun mmg thrill... tapi takut2 gak.. hehehe dorg dua org tu asik mjerit2 kain tsangkut kt pokok duri.. hihihihi~~~



My Favourite Past Time (PART III)

Untuk favorite past time ni aku suka bacakan buku citer bahasa inggeris untuk anak2 murid kesayangan.. hehehe cam comel jek kn.. tapi dorg ni xmo dgr kalo kita x marahhh... kena jerit2 dlu suh duk diam2 baru nk dgr.. pas dh dgr.. baru suma excited nk pinjam buku tgk gambar2... kanak-kanak... love to see pictures.. colourful picturess....


Sunday, March 15, 2009

Saya Dah Dewasa???

14 MAC 2009.. Ada makna disebalik tarikh ni.. apa maknanya biar aku jek yg tahu... tp hari ni dh menyedarkan aku ttg sesuatu... matang ke aku? dewasa ke aku?? hihihi kadang2 masih keanak-anakan.. even dh jd teacher pn.. hehe but then kena berubah sket... kena improve diri.. ke arah yg lebih baik lagi... lebih baik dr skrg... or sebelumnya... doakan aku...

Salam sayang untuk Norazimah Zainal sahabat baik ku yang menyambut ulang tahun yg ke 24 14 Mac 2009.. Wish u all the best my dear...

Friday, March 13, 2009

Kahwin Hutang Punca Cerai??

Salam.. interesting topic... baca kt newspaper ntah hari ape ntah... tapi kalo dibaca drpd petikan tu.. mmg btul jugak... skrg kawen ramai yg wat loan... bila dh wat loan pas kawen anak 2 or 3 pun still bayar loan lg.. kesian.. especially bg golongan yg berpendapatan rendah... ermmm.. Maybe kena fikir banyak kali b4 wat loan.. byk risiko nyer.. bg individu like me.. ngan PTPTN lg nk dibayar.. byk load... byk utang lg la pening kn... aku ni pn ntah la... byk pk gak... yg penting SIMPAN WANG nasihat pakar kewangan kpd insan2 yg nak kawen.. ok????

Saturday, March 7, 2009

My Favourite Past Time (PART II)

Errmm... untk yg ni.. rasanya lawak sket kut... Hobby terkini ialah.. baca majalah PENGANTIN... bukan ape... calon tu mmg ler x bape nk ada sgt kn.. but suka nk tgk design baju2 pengantin.... ni my kazen si Dira la ni yg bg influence ni.. tapi syok gak cuci2 mata... Kalo nk tahu.. ni adalah majalah 1st yg aku beli every month seumur idup.. x penah lg beli ape2 majalah secara slalu hihi~~~



Pastu skrg kn musim org wat kenduri kawen.. aku pn suka nk pi.. bukan ape.. saje nk tgk cara org handle majlis.. nnt kalo sedara mara kawen leh la bg idea2 yg bernas... hihihi ayat selamatkan diri..

Hari ni pi kenduri kt Bandar Puteri.. tgh2 mkn tetiba ujan lebat gilerrrr.. habis basah lencun baju aku... tapi tpaksa la redah gak ujan.. kalo x, x balik la kitorg...

Thursday, March 5, 2009

WHY MALAYSIANS ARE FAT??????


hurmmmm... i get this newspaper cut last 2 weeks... kt klinik area Banting... interesting topic.. hihi dh mula dh nutritionist nye prinsip kuar...

  • Eat too much
yg ni mmg setuju pn.. almaklumlah Malaysia kn kaya ngan mcm2 masyrakat and mcm2 la makanan yg ada... all u can eat.. tapi bahaya amalan cmni... leh mengundang suma penyakit2 btandang ke diri anda.. ingat... makan mmg boleh.. tapi dont eat too much... it bad for ur heart and health...
  • Drinking carbonated drinks
haaa... this one is also the same... pi mane2 nk air gas jek... manis... tgi gula.... x elok x elok... skali skala its ok but if too often it may be other effect later... kadang2 org ni rasa xde ape2 sbb kesan nye x dtg terus... leh dapat DIABETES tau...
  • Liking for fast food
Sape yg x suka fast food angkat tgn???? hihihi~~ mmg ler sedap... but jgn ler slalu kn... high fat, high protein and high carbohydrate... so sama2 la kita kurangkan pengunjungan ke fast food restaurant ok...
  • Lazy to use the staircase
Ini mmg rakyat Malaysia x suka wat iaitu naik tangga... rela beratur tgu lif or escalator drpd naik tangga... huhu aku pn kdg2 malas gak naik tangga but it is good for our health... so pas ni try la naik tangga gak ek.. wpn skali skala.. at least ada la kn..
  • Lack of exercise
This one mmg la byk hal nye... mcm2 kekangan nk exercise ni kn... tapi ape2 pn.. at least 20 minit per day... dlu kn 20 minit 3 days per week.. tapi tu sebenarnya kurang.. x ckp.. utk elakkan penyakit.. setiap hari kena wat aktiviti fizikal...

So... marilah kita sama2 tingkatkan aktiviti fizikal dan kurangkan pengambilan makanan yg leh mengundang penyakit.. eat healthy live healthy.. choose healthy food...

My Favourite Past Time (PART I)

Macam best jek title kn?? Favorite past time aku ialah...... Jaga Baby... suka sgt.... Last saturday aku balik kampung banting... Kak Intan (actually my aunt) br pas pantang..so aku pn ape lg dok pegang baby Syazalinda jek la... suka nyer... bagi dia minum susu botol (cz mama dia dh nk start keje...kena la biasa kn...) pastu tido jek... how sweet.... bila la nk ada baby sendiri ni ek.. hihi ;) tapi mmg fun sgt jaga baby ni... tgk muka dia masa tido... comeyyyyyyyyy...



Cara baby sitter bagi susu kt baby.. hihi~~




Ni masa baru sampai... comel kn??




lovely baby....

Wednesday, March 4, 2009

Pembuat kertas soalan MORAL???!!!

Aku wat paper moral???? hehehe Quite funny rite? Disebabkan cikgu bsalin yg aku ganti tu ajar moral thn 1 so aku pn kena la wat kertas ujian.. sshnyeerrrrrrrrrrrrrrrr nk tahu sbb ape ssh?? Sebab student nye x bape nk reti membaca... so... kena la cari gambar2 untuk bagi dorg ni paham kn soalan... memang mencabar minda... kalah jawab soalan add math spm tuuu.... slalu pk nk wat soalan yg plg ssh dlm dunia kn?? bila suh wat soalan plg senang pn sebenarnya lg ssh.... lagi pecah kepala.... ape2 pn... kita tunggu dan lihat jek la result nye mcm mane hihihi~~~

Sunday, March 1, 2009

Disaat perlu membuat pilihan...

Salam.. bila kita diminta untuk wat pilihan.. ape yg bermain di fikiran? adakah pilihan kita ini tepat? adakah kesudahannya baik? Happy Ending? banyak perkara perlu dipertimbangkan.. lebih2 lagi bila semuanya berlaku secara tiba-tiba... maybe ni permainan hidup yg terpaksa kita tempuh... nak yg tbaik tapi x semestinya yg terbaik tu terbaik wat kita...

Bila ditunggu x datang... bila x tunggu byk pula yg dtg menjengah....

Susah juga kn... tapi bila hidup ni plain je boring jugak.. manusia ni mmg x bsyukur huhu~~

ape2 pn kehidupan mesti diteruskan... Apa yg jadi di depan kita semua tak tahu.. hanya berserah kepada Yang Maha Esa... Dia lebih mengetahui yg tbaik utk hambaNya...

Wednesday, February 25, 2009

Menanda kertas ujian...

Biasa la kn..lepas ujian mesti nk kena tanda kertas... byk tu... 3 kelas x 2 set = ???
walau ape pn.. tugas ttp tugas.. aku akan wat markah ni secepat mungkin.. biar xde keje yg btangguh... x suka keje btangguh ni.. nnt aku jd malas nk buat... aku dah bgtau kt student2... sape yg dpt 90-100 marks akan dpt hadiah besarrr.. wowwwwwww mcm byk sgt duit teacher ek... hehehe tp xpe.. demi happy kn anak2 murid.. teacher rela... maybe aku akan rendahkan sikit kut standard tu... sape dpt markah plg tgi dlm kelas la kut... berpinar gak mata menanda jawapan2.. aneh2 belaka... ada tu perkataan cm bahasa Rusia pn ade... pelik2... FYI.. ada antara murid aku ni yg x reti baca n x bape nk kenal huruf... kesian....huhu... ape2 pn.. esok masih ada sehari lg utk ujian..pastu kena la ngajar spt biasa....

Tuesday, February 24, 2009

PERHIMPUNAN!!!

Suma mesti still ingat kenangan waktu perhimpunan skolah.. disebabkan aku dh attend 4 buah skolah (1 sek rendah and 3 sekolah menengah) so aku dh rasai pelbagai cara perhimpuan.. hihi~~

SEKOLAH RENDAH PELABUHAN UTARA (sek rendah aku dr darjah 1-6)

Masa ni aku jd pengawas masa darjah 4... so aku akan bertugas waktu perhimpunan.. ada skali tu kena baca ikrar.. kena hafal lak tu.. adoiiii... dh la aku mmg terkenal ngan sifat gabra huhu~~ bila naik atas pentas tu.. menggeletar... baca pn nk tersalah2.. hihi~~ tp pengalaman yg x dpt dilupakan.. tapi satu la yg aku terkilan... x dpt naikkn bendera!!! sebab bendera pengawas lelaki jek yg leh Hhuhuhuh~~~

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TENGKU AMPUAN JEMAAH (aku skolah sini 2 bulan)

Disebabkan aku skolah sini 2 bulan jek..so perhimpunan nye aku x ingat la sgt.. tapi aku still ingat lagu skolah!!!! terer x hihi~~

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (P) METHODIST KLANG (sek form 1-3)

ha.. masa kt MGS.. perhimpunan adalah waktu yg dinanti2..nk tahu kenapa... sebab leh tido.. hihi~~ wat gelak nakal... pengawas2 MGS mmg la garang2.. ayat yg plg diingati... "excuse me girlsss plz dont lean" hehehe lagu skolah MGS dlm ENGLISH.. so masa form 1.. jenuh aku menghafal lagu skolah... disebabkan hobi aku mmg suka hafal lagu skolah hihi~~

SEKOLAH MENENGAH SAINS MUAR (sek masa form 4-5)

perhimpunan dalam dewann.. so mmg la suma dh dtg pagi2 buta utk cop tempat strategik!!! iaitu di belah tepi bwh kipas.. keadaan yg kondusif utk.... TIDO... perhimpunan dlm ENGLISH.. ingat lg la prefect2 skolah dlu bertutur dlm bahasa inggeris.... nyanyian lagu bangsa JOHOR dgn iringan piano... lagu skolah yg best... and the most special thing about SAMURA is.... tiap2 mgu akan nyanyi lagu ALLAH SELAMATKAN KAMU untuk semua yg menyambut bday pada mgu itu... best!!!!! naik pentas amik bday present drpd headmaster... mmg sweet memories sgt...


so bila dh jd teacher ni kn... aku plak yg dok depan student..lain pulak rasa... last monday first assembly... lawak btul murid2 darjah 1 nyanyi lagu negaraku laju gilerrrrrrrrrr.... dah lamjerit2.. sakit telinga... tapi xpe.. drpd x nyanyi kn...

Second Week of teaching~~~

Salam... this is my second week of teaching... Yesterday.. Hilang kesabaran.... Student kelas last... aku ni dok tjerit2 ngajar kt depan.. dorg dok bermain2 bersenda gurau gumbira kt belakang.. and plg2 wat aku hangin... dorg main kejar2 sampai jatuh!! pastu siap main pukul2 kawan.. mmg melampau.. ape lagi.. aku menjerit la!!!! mula2 x senyap gak..last2 aku hambat sorg2... senyap.... Hilang mood aku nk ngajar... ape lg mengeluarkan skill membebel aku la... aku mmg marah sgt ngan bdk2 tu... aku ckp pasal ibu bapa penat keje la.. sedey tgk dorg dtg skolah main2 la... suma wat muka toya.. geram btul!! bila dh marah2 elok pulak beratur bilank balik.. eiiiiiiiii.... geram btul.. nk jugak kena marah2 kn... tp di satu sudut lain..aku kesian gak ngan bdk2 ni... dorg pn x minta dilahirkan lembab dalam pelajaran... tapi... kena la usaha... hmm... mmg menguji kesabaran guru2... huhu~~~ My pray.. semoga anak2 ni akan jd anak2 yg bguna satu hari nnt... AMINNNNN.....

Friday, February 20, 2009

MILO LORRY!!!!


Siapa igt dulu masa skolah2 kita ada minum milo yang dtg kt skolah... sedappppp... disebabkan aku skrg seorg TEACHER..jadinyer.. aku telah bpeluang merasai kesedapan air milo tu.. tapi dalam VERSI CIKGU laaaa.... tp skolah aku cikgu nyer lagi dasat woooo... siap amik bekas besar amik skali utk suma cikgu2... cm best jek kn... minum lah sepuas hati anda.... nyum nyum....

First Week Of Teaching... ;)

Salam..
Lama dah tak post citer2 hangat kt blog...
So latest news... working as replacement teacher (bukan replacement killer ok....)
Mmg mencabar sgt ler tugas seorang guru ni.. dasat tuuuuu... first day.. mmg la agak funny.. kekok...almaklumlah... x penah ngajar bdk2 kecik.. terasa diriku seperti famous la pulakkk... Budak2 sibuk tanya cikgu ni cikgu baru ker... hehehe comel jek...
So aku diberi tggjawab ngajar BAHASA INGGERIS dan MORAL..




wah wah wah... ENGLISH tu... byk gak pengalaman wpn baru mgu 1 ajar.. SEKOLAH KEBANGSAAN PELABUHAN KLANG ni agak hujung bandar port klang... so mmg pelik sikit la student nyer..drpd latarbelakang yg agak unik.. ada gak pendatang skolah kt sini...
Nakal...Degil...Malas... tu la antara gelagat yg leh dikatakan utk bdk2 ni.. ada gak yg ok tp sikit la jumlah nyer.. ramai yg pi skolah just nk main2... bila loceng bunyi utk rehat.. blumba2 pi bermain.. adoiii... mmg la pelik... blari ke sana ke sini..
suara aku smlm dh ilang dh..asik mjerit suh student duduk tempat msg2...
Tapi plg challenging ialah ajar kelas belakang skali.. errmmm... kesian pn ada cz kurang pandai.. and sgt(30x) nakal nye banding ngan kelas lain... ada gak student istimewa.. dyslexia...kesian... tapi nakal.. suka gado pastu nangis... rasa cm ajar kindergarden cz sikit2 nangis jek huhuhu..
Ajar moral pn klakar jugak.. 2 org jek student nye.. dua2 India.. 1st day aku ajar.. sorg bdk namanye Saraswathy tetiba menangis..pastu ckp.. "Mummy.." adoiii abis ler.. cmne aku nk wat ni..last2 aku pujuk2.. nasib baik berenti nangis... dah ler dua2 x bape nk reti ckp bahasa MELAYU... cuba bygkan cmne nk bkomunikasi ngan dorg????? skill ape yg harus anda gunakan??? hehehe.. mmg pengalaman yg menarik la jd TEACHER ni...


STUDENT MORAL GUE...


Monday, February 9, 2009

Ready to Face Reality??

Salam.. Lama dh tak update blog... busy sket ngan interviews... so ckp ttg reality? kebenaran walaupun pahit kena la telan jugak kan... mahu tak mahu kena telan and terima jugak... kdg2 ada org ssh nk terima kenyataan... same with me.. ada beberapa perkara yg jadi dlm hidup ni yg wat aku terpaksa hadapi walaupun susah sgt2... maybe Allah maha mengetahui apa yg jadi.. sebab setiap hari setiap waktu aku berdoa untuk dpt petunjuk.. akhirnya Allah yang Maha Kuasa telah menunjukkannya... sedey... tapi tak pe.. AKU KAN GADIS TABAH ecececce... ape yg jadi dh ketentuanNya.. redha and bserah... pengalaman2 dlm hidup wat aku menjadi lebih matang and mampu mengawal keadaan... doakan kejayaan untuk interview kedua... semoga dapat kerja and mulakan kehidupan yang baru dan ceriaaaaa

Friday, January 30, 2009

am I sick????

Dari semalam lagi dh rasa sengal2 kt perut...
mula2 igt ok... arini cm x bape nk ok.. so amik keputusan untuk pi klinik kesihatan Port Klang...

Sampai KK dalam kul 3... tgu turn punya la lama... adoiii... perut cakittttt....
dlm kul 4 baru dipanggil... ting tong... no 1174...




aku pn pi la masuk bilik doktor tu... dia pn tekan2 lakt perut.. sakitttt... then dia suh pi amik darah n wat urine test... pi la aku ke bilik no 6 tempat amik darah...lama dh x amik darah... sakit la jugak.... huhu




ni la gambar pas kena amik darah...

then bila dh dapat suma result aku pi la balik jumpa doktor tu...
dia kata urine ok.. blood pn ok... dia suspect apendice.. adoiii...siap tanya aku.. nk mkn ubat ke nk pi hospital.. of course la sepantas kilat aku jawab nk mkn ubat.. uhuhuhu~~~ dia pesan kalo mlm ni x ok... pi hospital segera... doakan ek mlm ni ok.. xmau pi hospital....

dapat la ubat.... pahit!!!!!!!!!!



walaupun pahit ku telan juaaa.....

harap2 sehat la mlm ni.. wuuuuuuuuuu~~~~~~

Wednesday, January 28, 2009

Laskar Pelangi~~



baru hari ni dapat dgr lagu ni dgn full version... menarik and memberi semangat... :) meh hayati lirik nyer...

mimpi adalah kunci
untuk kita menakhlukkan dunia

berlarilah tanpa lelah
sampai engkau meraihnya


laskar pelangi
tak kan terikat waktu

bebaskan mimpimu di angkasa

warnai bintang di jiwa


menarilah dan terus tertawa

walau dunia tak seindah surga

bersyukurlah pada Yang Kuasa

cinta kita di dunia
selamanya…

cinta kepada hidup

memberikan senyuman abadi

walau hidup kadang tak adil

tapi cinta lengkapi kita


laskar pelangi

tak kan terikat waktu

jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi


menarilah dan terus tertawa

walau dunia tak seindah surga

bersyukurlah pada Yang Kuasa

cinta kita di dunia


menarilah dan terus tertawa

walau dunia tak seindah surga

bersyukurlah pada Yang Kuasa

cinta kita di dunia

selamanya

selamanya

** Kredit utk sahabat saya yang suggest saya dengar lagu ni.. really nice...


chef??!!...

Weekend aritu.. eh bukan.. raya cina... aku dok mlepak kt umah ngan mimie.. kepada cm wend sket..sakit... mak dpt panggilan atok sedara meninggal pagi isnin hari tu kt Banting...mak pujuk aku balik sana... tp sbb kepala aku sakit sgt, x dpt la aku tunaikan permintaan mak tu... x larat~~~

Mak pesan... "kak, ko masak yer...nnt ptg mak balik mkn.." best x??? aku ni mane laaa pandai nk masak.. masak megi tu lepas la...huhu~~ aku n mimie pn ligat la menggunakan kepala otak kami ni utk pk menu... ermmm masak tomyam ngan daging belada lah..

Kitorg pn mulakan la misi masak memasak ala-ala chef gituuuuuuuu.... amboi amboi amboi.. hehehe mmg kalut la.. but it is good experience... bila dh siap... bab merasa yg lemau sket... kang tawar x sedap pulak... rasapunya rasa (adalah nk dekat satu senduk merasa hihihi) akhirnya dapat la rasa tomyam yg kitorg impi kan tu... (cakap ngan mata bersinar2).. daging belada pn alhamdulillah ok... dalam hati siap kata..'rupanya aku ni leh jugak la nk masak' hihihi..

Pas siap suma..kitorg mmg mkn kow2 punya... lapo la katakan... pas mkn dok mlepak.. tgk citer cina almaklumlah raya cina kn... tetiba dpt call.. makcik Edah dtg dr IPOH!! awat x call dluuuu.. kitorg pn kalut la wat air n hidang2 ape2 yg patut...

Dh nk maghrib pas tgk citer kegemaran kami CINTA INDAH tetiba mak call.. "kak, boleh tak korg balik BANTING mlm ni???? bawak kn bj utk kitorg..." ape????? balik banting?? huhuhu aku ngan mimie pn btungkus lumus la cari n kemas bj2 suma yg sedia ada kt kampung tu... byk giler beg masuk dlm kancil.. lawak..lawak...

Hakikat Sebuah Cinta~~~

Aku adalah insan yang tak punya
Cuma rasa cinta membara
Lalu tercipta rinduku padanya
Kerana cinta bahagia

Pujangga menyatakan oh cinta berharga
Dari emas dan permata
Lalu ku bawa cinta di persada jiwa
Sinar menyuluh gelita

Sewaktu debar cintamu terasa melanda
Bangkit rinduku padamu di ketika itu
Lalu tersentak diriku sedari lamunan
Kini sebenarnya aku telah kau tinggalkan

Aku adalah insan yang tak punya
Kilauan emas permata
Lalu kucuba menaburi cinta
Bagimu tiada nilainya
Tiada harta dan cinta.....



* lagu ni sedey.... rangkap paling terkesan dlm hatiku.....

"Sewaktu debar cintamu terasa melanda
Bangkit rinduku padamu di ketika itu
Lalu tersentak diriku sedari lamunan
Kini sebenarnya aku telah kau tinggalkan"

Friday, January 23, 2009

What a day~~~

Today mmg agak memenatkan.. thanks to mimie n jela (my 2 beloved sista) yg sudi temankan pi interview... uwaaaaaaaaaaaa... kami dpt pengalaman yg dasat...

PENGALAMAN 1

masa nk pi tu mmg la... xtau nk kata ape... kami ni jarang menempuh area KL so quite ssh jugak.. yesterday mimie dh google earth cari location opis tu... ikut jek la mape.. alhamdulillah la sampai wpn menempuh jalan yg sesak... (dari mane la agaknye kete byk2 ni dtg ek huhu~~)



PENGALAMAN 2

bila dh tiba situ, aku pn ting tong la pintu company tu... siap bg salam lagi.. bila ada sorg kakak ni buka pintu, ckp cm kasar sgt...dh ler x menjwb salam.. cedey jek... siap wat kerek tu... aku tanya la kt mane ada tempat solat.. dia pn buka pintu opis depan cm membentak2.. aku n adik2 cm bpandangan la.. nape lak kakak ni.. nk menopos kerr??? dia cm x bape nk ikhlas la layan kitorg... padahal nk tumpang smyg jek... bukan nye nk ape pn... sedey ngan layanan org tu...

PENGALAMAN 3

masuk bilik interview.. rupanya boss nye org ARAB... hmmm... ckp pn cmpr2 malay n english... dia tanya aku jawab... dia tanya aku jawab... soalan leh tahan gak..huhu... ketar gak la kapla lutut aku nk jawab huhu... tapi kn.. ada satu persoalan yg aku cm x bape nk pasti patut tanya ke tak... soalan nye ialah....

dah ada boyfren ke belum???

korg rasa ptt ke tanya dlm interview?? sbb soalan lain suma cm xde la personal sgt... haaa.. tp xpe la.. pastu ngan kerek nye pakcik arab ni ckp tunggu la dorg kalo2 pgl U utk 2nd interview... hmmmmm... cm besar sgt jek company dia la kn.. huhu (eh terjahat lak mulut aku huhu)

after interview, aku kuar n ucap la terima kasih pd kakak yg tlg bg tumpang solat tu..korg nk tahu ape respon dia?? hmmm.. menarik muka... sombong nye la minah ni... siap pas kitorg kuar.. dia tutup pintu opis tu cepat2.. adoiiii... sabar jek la kn....

PENGAJARAN

walaupun ngan org yg kita tak kenal, kita wat la baik..sbb mane tahu satu hari nnt... kalo kita ssh.. org lain yg akan tolong kita....

renung2kn dan selamat beramal :)

Thursday, January 22, 2009

Flash back....zaman study ku...

KRAUSE'S FOOD, NUTRITION & DIET THERAPY....

sape igt buku ni???
hihi... today i have to open back this sacred book hehehe...




sbb my brain is already karatsssss...
esok ada interview.. so kena la refresh semula ilmu2 yg penah singgah dlama kotak pikiran ni.. ya la... abis study pi wat unit trust.. pastu jadi RA... pastu jd surirumah ehhh..yg last tu cm x bape nk valid jek.... huhu~~

so frensss....
doakan la lancar menjawab soalan2 cepu cemas dan cepu tepu esok ya...

till then..

nnt sambung lagi...

p/s: teringat zaman2 blaja diet therapy ngan dr Chan kt lab.. besh kn....