CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, December 30, 2009

AZAM TAHUN BARU 2010

ALHAMDULILLAH TAHUN 2009 TELAH MELABUHKAN TIRAINYA DAN 2010 BAKAL MENYUSUL DENGAN PENUH RAHMAT DAN HARAPAN... MENJADI CITA-CITA SETIAP INSAN UNTUK MELAKSANAKAN SEMUA AZAM YANG DIRANGKA SETIAP TAHUN.. MUNGKIN PADA TAHUN 2009 ADA PERKARA YANG TIDAK BERJAYA DIPENUHI DAN INSYA ALLAH TAHUN 2010 MEMBAWA KEBERKATAN DAN MENJADIKAN KITA INSAN LEBIH BAIK LAGI....

AZAM NORHAFIZAH BINTI OMAR UNTUK TAHUN 2010

  1. BEKERJA DENGAN LEBIH SISTEMATIK, RAJIN DAN CEKAP UNTUK MEMPERTINGKATKAN LAGI PENCAPAIAN UNIT DOMESTIK DAN SETERUSNYA INTAN BUKIT KIARA DI MATA DUNIA
  2. MENJADI INSAN YANG LEBIH CEMERLANG DARI ASPEK ROHANI, JASMANI, SPIRITUAL
  3. MENAMBAHKAN AMAL IBADAT MENGURANGKAN HIBURAN DAN PERKARA YANG KEARAH KELALAIAN
  4. MENJADI INSAN YANG LEBIH SABAR
  5. BANYAK MEMBERI DAN MEMBANTU ORANG LAIN DI SEKELILING
  6. BERUSAHA MENDAPATKAN JODOH YANG BAIK SERTA SOULMATE YANG DAPAT MENERIMA DIRI DAN KELUARGA SEADANYA
  7. MENJADI ANAK YANG SOLEHAH
  8. MENJADI SAHABAT YANG BAIK
  9. MENJADI FIZA YANG DAPAT DITERIMA OLEH SEMUA ORANG :)

SEMOGA AZAM-AZAM INI DAPAT SAYA TUNAIKAN SEPANJANG TAHUN 2010... AMIN...

P/S: berfikir barang yang perlu dibeli untuk diri sendiri tahun 2010...

1 comments:

Lady B said...

suke dengan azam number 6!