CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, August 12, 2010

Sihir...Bomoh Siam...

Topik ni mmg mengganas.. sejak2 tgk citer Cerekarama hari Sabtu lepas macam banyak plak dengar kisah2 berkaitan kekejaman dan kejahatan insan-insan yang rakus menjadikan ilmu hitam ni sebagai platform utk capai matlamat dorg...

Syirik.. tapi rasanya dorg ni tak fikir pun tu suma.. hanya berlandaskan nafsu dan kepuasan diri sendiri jek..

Semalam mak aku call.. citer ada kenalan mak yang suaminya terkena benda2 kotor ni... mmg sedih dan kesian sgt sbb pemikiran suaminya tu mmg dh di kawal dgn dasatnya oleh ilmu yg digunakan oleh wanita yang nk ambil kesempatan pada dia dan keluarga.. mmg makcik ni org kaya la juga.. teruk keadaannya sekarang sampai suami dh tak peduli dan tak beri wang utk belanja.. doa2 semoga suami dia terlepas drpd belenggu kekotoran ni...

ni ada info yang dijumpai dari blog resipirahsiaku.blogspot

9 JENIS SIHIR

AL MARAD
Sihir sakit, orang yang terkena akan sentiasa sakit anggota badan, tidak berfungsi tiba-tiba atau kaku tubuh badan.

AL HAWATIF
Sihir yang membuat seseorang bermimpi ngeri, berasa diseru dalam mimpi, mendengar suara orang bercakap dalam jaga. Banyak was-was dan kuat syak wasangka pada orang yang rapat atau disayangi.

TA”TIL TAWAJ
Sihir bagi merosakkan perkahwinan seseorang. Kesannya akan merasa takut untuk berkahwin, mudah marah dan lupa dan kurang syahwat.

TAFRIQ
Sihir yang memisahkan suami isteri. Kesan sihir ini timbul perasaan marah dan benci apabila memandang satu sama lain sehingga merosakkan hubungan rumahtangga.

AL MAHABBAH
Sihir yang dibuat oleh isteri ditujukan kepada suaminya agar taat dan patuhi arahannya.

TAKHAYYUL
Sihir yang menyebabkan orang yang terkena sentiasa berkhayal. Juga akan berimaginasi benda kecil tetapi pada pandangannya ia besar.

NAZIF
Sihir yang dikenakan pada wanita yang mengalami darah istihadah (haid yang melebihi tempohnya), Darah akan keluar berterusan berbulan-bulan.

AL JUNUN
Sihir yang menjadikan seseorang lupa dan tersasul. Apabila bercakap matanya terbeliak. Tidak akan tetap di suatu tempat dan sering bertukar kerja. Selalu dilihat keluar tanpa hala tuju dan tinggal dirumah kosong.

AL KHUMUL
Yang terkena sihir ini akan suka bersendiri untuk tempoh yang panjang. Benci pada perhimpunan. Sentiasa resah dan lambat melakukan kerja.

Marilah sama2 sempena Ramadhan yang berkat ini kita menyucikan diri dan elakkan daripada terlibat dgn hal2 yang mengundang kebencian Allah ni..

dosa biasa pun seksanya tak tertanggung inikan pula dosa syirik dan menyekutukan Allah..

Nauzubillah

p/s: mcm kena pukau jek rasa :P

1 comments:

Hamzah Ian said...

byk jugak jenis sihir eyh..