CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, January 4, 2011

Mari Dengar Amanat KPPA 2011~~ Pesanan Untuk Semua Penjawat Awam Yang Budiman


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera (cewah cm taip email plak hihihi)


Hari ini aku telah sama-sama mendengar Amanat 2011 oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Dato' Sri Abu Bakar Bin Abdullah di Auditorium JPA.


Maka, dengan berbesar hati ada beberapa perkara yang nak di kongsi untuk semua.. tak kira penjawat awam atau swasta, bolehlah menerapkan elemen yang baik bagi meningkatkan mutu kerja seharian..



  1. Kita semua perlu berhijrah kearah perubahan yang positif dan mengambil iktibar daripada hijrah Rasulullah untuk meningkatkan lagi kualiti kerja.

  2. Sentiasa bersedia menghayati dan melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab sejajar dengan Gagasan 1Malaysia dan pelbagai lagi program yang direncana oleh kerajaan.

  3. Penjawat awam perlukan perubahan/transformasi secara pantas, strategik, dinamik serta mengambil serius dalam semua hal berkaitan bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan awam.

  4. Pastikan pasukan kukuh sebagai satu jentera dalam melaksanakan tanggungjawab demi kepentingan rakyat.

  5. Kuatkan tekad & azam untuk melaksanakan tugas dengan penuh INTEGRITI tanpa takut untuk menyahut sebarang cabaran yang akan tiba.

Ada beberapa perubahan juga yang Dato' Sri KPPA minta laksanakan :



  1. Kesegeraan

Ini dikaitkan dengan penyampaian maklumat. Penggunaan email perlu dipertingkatkan untuk urusan yang tidak melibatkan dokumen terperingkat/rahsia. Penggunaan HRMIS juga perlu dipertingkatkan.



  1. Kerjasama yang erat dan saling berhubung

Tidak hanya mempunyai semangat dalam kumpulan atau bahagian sendiri tetapi memandang sesuatu secara holistik dan untuk organisasi.



  1. Meningkatkan pengetahuan sejajar dengan saranan Perdana Menteri

Menjadikan organisasi kukuh dan mampan serta seperti satu pakej lengkap dalam penyaluran maklumat kepada orang awam.



Wah sangat berilmiah dan positif.. ucapan nya ringkas dan padat serta berinfomasi..


Rasanya wpn ni untuk JPA tapi semua penjawat awam boleh sama-sama mengambil manfaat dan berusaha untuk menyampaikan perkhidmatan yang lebih cemerlang lagi.. Insya Allah..

6 comments:

MasZuber said...

sesuatu institusi kerajaan hanya akan berjaya ditransfomasikan jika pegawai atasan / menteri / VVIP sebagainya ambil tindakan terhadap amanat ini.

gadisBunga said...

banyaknya amanat. wuwuwu~

cik fiza said...

mas zuber : btul sis.. tp kita yg bawah2 ni pn patut mula lakukan transformasi..

GB : biasa la dear.. awal2 thn kn.. tp my big boss ni wpn baru 6 bulan dh byk buat perubahan...

cik fiza said...

mas zuber : btul sis.. tp kita yg bawah2 ni pn patut mula lakukan transformasi..

GB : biasa la dear.. awal2 thn kn.. tp my big boss ni wpn baru 6 bulan dh byk buat perubahan...

miss lolly a.k.a luvfareda said...

tingkatkan kualiti. oyeaaaaaaaaaaaaah

Poyaty said...

okeh okeh. saya akan ikut. insyaallah. saya juga penjawat awam. hahahaha